Beratus-ratus larikan diri kebakaran di gunung

Beratus-ratus larikan diri kebakaran di gunung

MANILA, 27 Mac (AFP) – Satu kebakaran di gunung tertinggi Filipina memaksa beratus orang melarikan diri daripada kemuncak itu, kata pegawai hari ini.

Anggota bomba menggali parit yang mempunyai kedalaman tujuh kaki dalam usaha mereka untuk mengawal kebakaran, yang bermula pada petang semalam dan berterusan 24 jam kemudian, untuk mengawalnya daripada merebak ke kawasan pelancongan Gunung Apo.

Tidak adanya laporan kecederaan dan hampir kesemua 1,000 pelancong yang berada di gunung itu dipindahkan pada tengah hari ini, beritahu pegawai bencana wilayah Harry Camoro kepada AFP.

Menara Gunung Apo di pulau selatan Mindanao, pada ketinggian 3,142 meter atas paras laut, menjadi tempat tinggal kepada hutan simpanan dan tempat pembiakan untuk burung negara Filipina, burung helang pemakan monyet yang terancam.

Adalah lazim suhu musim panas memulakan kebakaran di kawasan gunung, kata Camoro, bagaimanapun punca kebakaran masih belum diketahui.

ARTIKEL YANG SAMA