Beratus-ratus rumah di kampung Rohingya dibakar

Beratus-ratus rumah di kampung Rohingya dibakar

YANGON, 13 Nov – Beratus-ratus buah bangunan di kampung Rohingya di barat Myanmar telah dibakar, menurut gambar baru satelit yang dikeluarkan hari ini dalam pertikaian baru meletus di rantau yang dicengkam pertelingkahan itu.

Utara Rakhine, yang dihuni oleh majoriti Rohingya beragama Islam dan bersempadan dengan Bangladesh, telah di bawah penahanan ketenteraan sejak serbuan mengejut ke atas pos sempadan yang mengorbankan sembilan orang anggota polis bulan lalu.

Tentera-tentera telah membunuh berbelas-belas orang dan menahan ramai dalam usaha mereka memburu para penyerang yang menurut kerajaan adalah militan radikal Rohingya yang mempunyai kaitan dengan pejuang Islam di luar Negara.

Krisis dan laporan penganiayaan teruk hak asasi dilakukan berserta dengan tindakan keselamatan telah mencetuskan tekanan meningkat antarabangsa ke atas kerajaan awam baru Myanmar dan membangkitkan persoalan tentang kemampuannya untuk mengawal tenteranya.

Pihak berkuasa mengawal dengan ketat sekali kemasukan ke kawasan itu, yang menyukarkan untuk mengesahkan laporan kerajaan atau tuduhan tentang penganiayaan oleh tentera itu.

Gambar-gambar baru satelit yang dikeluarkan oleh Human Rights Watch menunjukkan apa yang menurut kumpulan itu bukti serangan bakar besar-besaran ke atas kampung-kampung Rohingya.

Analisis mereka menunjukkan lebih 400 buah bangunan dibakar di tiga buah kampung Rohingya, tempat berlakunya pertelingkahan.

Kumpulan itu berkata api kebakaran yang masih menyala dan kesan kebakaran menunjukkan kebanyakan kemusnahan berpunca daripada pembakaran sengaja. Gambar-gambar terbaru itu diambil pada 10 November.

Pengarah Asia bagi Human Rights Watchm, Brad Adams, berkata gambar-gambar baru itu menunjukkan ‘kemusnahan meluas’ yang lebih besar daripada yang disangkakan.”

“Pihak berkuasa Burma seharusnya dengan segera membentuk penyiasatan yang dibantu PBB sebagai langkah pertama ke arah memastikan keadilan dan keselamatan bagi para mangsa,” dia berkata dalam satu kenyataan.

Kebangkitan keganasan di barat Rakine semakin teruk dan merumitkan krisis yang telah pun mengundang cabaran kritikal kepada pentadbiran baru yang diketuai oleh aktivis demokrasi Aung San Suu Kyi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA