Beraya sambil bertugas

Beraya sambil bertugas

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 8 Julai – Dalam kesibukan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan, kira-kira seramai 12 orang kakitangan dari Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAB), Tutong turut mengambil kesempatan untuk menyambut Aidilfitri di hospital berkenaan.

Menurut salah seorang kakitangan tersebut, sambutan Hari Raya Jabatan Kemalangan dan Kecemasan yang diadakan itu adalah untuk meraikan bersama-sama antara kakitangan Jabatan berkenaan di samping melakukan tugas mereka sewaktu hari lebaran.

Walaupun bertugas pada Hari Raya Pertama, kakita-ngan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan Hospital PMMPMHAB tidak lupa menyambut Hari Raya bersama-sama mereka setiap tahun dengan menghidangkan pelbagai juadah makanan.

Pada kesempatan itu, kakitangan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan Hospital PMMPMHAB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Negara Brunei Darussalam dan menasihatkan orang ramai agar menjaga kesihatan dan keselamatan diri sewaktu menyambut Hari Lebaran.

Suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Hospital PMMPMHAB, Tutong.
Suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Hospital PMMPMHAB, Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA