Berbalah akibat siri drama, 100 cedera

Berbalah akibat siri drama, 100 cedera

DHAKA, 19 Ogos – Satu pergaduhan meletus antara para penduduk di timur Bangladesh yang bertengkar berhubung plot siri televisyen fantasi India, mengakibatkan 100 orang cedera, kata polis hari ini.

Beberapa penduduk berkenaan berkumpul di sebuah restoran di daerah Habiganj pada malam Rabu untuk menyaksikan Kiranmala, sebuah tayangan berbahasa Bengali tentang seorang kesateria puteri yang menyelamatkan manusia daripada kejahatan, apabila pertikaian itu meletus.

Polis melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan khalayak ramai ketika perbalahan memuncak sehingga malam, dengan para penonton merosakkan restoran di kampung Dhol dan menyerang antara sesama sendiri dengan kayu dan pisau.

“Dua lelaki terlibat dalam perbalahan berhubung kisah episod berkenaan, yang kemudian bertukar menjadi pertempuran kecil berkumpulan,” kata ketua polis tempatan Yasinul Haque memberitahu AFP.

“Semasa pertempuran itu, perusuh marah melakumusnahkan restoran dan meneruskan perkelahian pada pagi Khamis,” ujarnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA