Berbasikal di atas air

Berbasikal di atas air

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Dalam usaha memperkenalkan sukan baru di negara ini, Persatuan Layar Meluncur Angin Kebangsaan Brunei Darussalam hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Sukan Berbasikal di Air yang berlangsung di Pantai Serasa, di sini.

Hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad.

Turut hadir ialah Penasihat Persatuan Layar Meluncur Angin Kebangsaan Brunei Darussalam, Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal dan Presiden persatuan tersebut, Awang Mohd Asri bin Mohd Taib.

Sementara itu, Pengurus Syarikat Al-Taib Watersport and Recreational, Awang Mohad Izan Azwan bin Yahya dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa sukan berbasikal di air merupakan sukan yang baru diperkenalkan kerana keunikannya, mudah dikendalikan, stabil dan menarik serta selamat selain juga menyeronokkan untuk dicuba oleh pengunjung.

Haji Abdul Malik ketika merasmikan majlis tersebut. - Gambar oleh Muiz Matdani
Haji Abdul Malik ketika merasmikan majlis tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani
Pertunjukan berbasikal di air.
Pertunjukan berbasikal di air.
Keselamatan sentiasa dipantau oleh sebuah jetski.
Keselamatan sentiasa dipantau oleh sebuah jetski.

Awang Mohd Izan Azwan juga memberikan keyakinan bahawa pihaknya turut menyediakan sebuah jetski khas bagi menjaga keselamatan pengguna untuk mengatasi sebarang kemungkinan yang tidak dikehendaki berlaku.

Sukan berbasikal di air bukan sahaja boleh digunakan bagi perlumbaan, ia juga sesuai bagi aktiviti kesihatan dan jasmani serta riadah sekeluarga dan kini perkhidmatan yang disediakan itu boleh digunakan oleh pengunjung dengan harga berpatutan bagi setiap 15 minit.

Aktiviti ini menjadi aktiviti tambahan Persatuan Layar Meluncur Angin Kebangsaan Brunei Darussalam untuk menarik orang ramai khususnya para belia untuk menceburi sukan air lebih-lebih lagi sukan layar luncur angin.

Melalui pengenalan ini persatuan tersebut turut berharap supaya jumlah keahlian akan terus bertambah di masa akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA