Berbatov sertai PAOK Salonika

Berbatov sertai PAOK Salonika

LONDON, 3 Sept (Reuters) – Bekas penyerang Manchester United dan Tottenham Hotspurs, Dimitar Berbatov menyertai juara Greece, PAOK Salonika dengan kontrak setahun, semalam dalam usaha membangkitkan semula kariernya.

Pemain kelahiran Bulgaria itu dilaporkan muncul penerima gaji tertinggi di Liga Greek. Berbatov dilepaskan kelab Ligue 1 Perancis, Monaco pada Jun lalu.

Berbatov adalah penjaring gol terbanyak buat Bulgaria dengan mengumpul 48 gol namun bersara daripada pentas antarabangsa pada 2010.

Selain Man United, Spurs dan Monaco, Berbatov pernah menyarung jersi CSKA Sofia, Bayer Leverkusen dan Fulham.

Bersama Monaco, Berbatov meledak sembilan gol daripada 37 penampilan dan membantu kelab itu mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

ARTIKEL YANG SAMA