Berbelanja di Concepts dapat baucar

Berbelanja di Concepts dapat baucar

Oleh Rafidah Jumat

Gambar oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Pada 27 hingga 30 Mac ini, Concepts Computer akan memberikan baucar bernilai $10 kepada mana-mana pelanggan yang membuat pembelian $30 ke atas (dalam satu resit) di Concepts Computer.

Baucar itu hanya sah untuk 30 hari sahaja dan boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.

Pengurus Besar Concepts, Vincent Pao, hari ini, memberitahu media, penyediaan baucar itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang secara berterusan memberi sokongan kepada syarikat.

“Kami cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan di mana interaksi bersama mereka adalah penting berbanding membuat pembelian dalam talian yang merupakan salah satu cabaran dalam industri teknologi maklumat masa ini.

Baucar $10 diberikan untuk setiap pembelian $30 ke atas di Concepts Computer pada 27-30 Mac.
Baucar $10 diberikan untuk setiap pembelian $30 ke atas di Concepts Computer pada 27-30 Mac.

“Syarikat teknologi maklumat perlu lebih kreatif, inovatif dan perlu mempelbagaikan produk mereka jika ingin mendapat tindak balas secara berterusan daripada pelanggan, dan dalam hal ini, Concepts Computer antara lain menyediakan baucar sebagai tanda penghargaan,” katanya.

Concepts Computer akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam pada 27 hingga 30 Mac ini.

ARTIKEL YANG SAMA