Berbuka puasa di Pusat Bahagia

Berbuka puasa di Pusat Bahagia

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Jerudong Park Medical Centre (JPMC), kelmarin, telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bagi warga Pusat Bahagia, yang berlangsung di Dewan Darulifrah, pusat itu di Kampung Pulaie.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Eksekutif dan Pengarah Perubatan JPMC, Dato Dr Isham Jaafar.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dr Siti Saihalina binti Pengiran Haji Daud, serta para sukarelawan dari JPMC yang memeriahkan lagi majlis berbuka puasa bersama lebih 100 warga pusat berkenaan termasuk pelajar, kakitangan dan guru-guru.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Haji Hayadi bin Haji Jais dari Pusat Bahagia, kemudian diikuti dengan penyampaian sampul raya kepada setiap warga pusat berkenaan yang disempurnakan oleh Dato Dr Isham.

Antara yang hadir di majlis berbuka puasa JPMC bersama warga Pusat Bahagia berkenaan.
Antara yang hadir di majlis berbuka puasa JPMC bersama warga Pusat Bahagia berkenaan.

Ketua Pemasaran JPMC, Awangku Danny bin Pengiran Tajuddin berkata JPMC sukacita menganjurkan majlis yang mulia ini khas untuk anak-anak Pusat Bahagia.

“Kami amat teruja untuk berbuka puasa dengan pelajar keperluan khas,” tambah beliau sambil memuji kakitangan yang menjayakan acara berkenaan.

“Usaha berterusan mereka dan kerja berpasukan yang cemerlang adalah membanggakan dan telah menyumbang kepada kejayaan acara ini, dalam membuat perubahan dan menyumbang semula kepada masyarakat,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA