Berbuka puasa secara santai di Anjung Saujana

Berbuka puasa secara santai di Anjung Saujana

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Royal Brunei Catering (RBC) turut tidak ketinggalan menawarkan promosi Bufet Sungkai sempena bulan Ramadan ini di Restoran Anjung Saujana di mana pelanggan berpeluang berbuka puasa dalam suasana santai ala taman.

Dalam promosi Bufet Sungkai Ramadan ini, Anjung Saujana mengetengahkan konsep ‘Stall Corner’ yang menyediakan makanan baru dimasak.

Salah satu hidangan istimewa pula adalah masakan tempatan iaitu sup daging berempah dan Ambuyat di samping masakan antarabangsa seperti Lamb Mandy, Penang Mee Goreng, Chicken Picatta, Buttercream Prawn dan banyak lagi.

Masakan antarabangsa menjadi pilihan semasa berbuka puasa di Anjung Saujana.
Masakan antarabangsa menjadi pilihan semasa berbuka puasa di Anjung Saujana.

Dengan harga yang berpatutan, pelanggan pasti akan berpuas hati dengan hidangan yang disajikan. Ditambah lagi dengan suasana yang tenang dan selesa khas untuk pelanggannya.

Pelanggan yang menggunakan kad keahlian RBC Dining boleh mendapatkan diskaun 10 peratus bagi promosi bufet sungkai berkenaan dan $2 daripada pembayaran akan disumbangkan kepada Tabung DANA Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim.

ARTIKEL YANG SAMA