Berdepan dakwaan culik, cabul kehormatan pelajar

Berdepan dakwaan culik, cabul kehormatan pelajar

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Mahkamah Perantaraan menetapkan 15 Jun untuk menentukan tarikh perbicaraan bagi seorang lelaki tempatan yang berdepan dakwaan mencabul kehormatan dan percubaan menculik seorang pelajar pada 2015.

pg06_160609_mahkamah logo2

Pengiran Shahirul Hamadi bin Pengiran Haji Jaya, 28, pada Julai 2015 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa berusia 11 tahun antara jam 12 dan 12:18 tengah hari pada 29 Jun 2015 dalam kawasan sekolah dekat ibu negara.Dia juga berdepan dakwaan cuba menculik mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Rozaiman binti Haji Abdul Rahman membuat permohonan kepada Hakim Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli untuk mempercepatkan tarikh perbicaraan kerana kes itu melibatkan kepentingan awam.