Berdepan tekanan bot penghijrah

Berdepan tekanan bot penghijrah

LHOKNGA, Indonesia, 17 Jun (AFP) – Pihak berkuasa Indonesia berdepan tekanan hari ini untuk membenarkan berpuluh-puluh orang penghijrah Sri Lanka yang terkandas di dalam kapal hampir seminggu, untuk turun dari bot mereka, ketika saksi-saksi berkata tembakan amaran dilepaskan dalam suasana kelam kabut berhampiran bot itu.

Seramai 44 orang penghijrah, yang termasuklah ramai wanita dan kanak-kanak, telah terkandas dalam kapal berbendera India yang berlabuh di perairan cetek wilayah Aceh sejak Sabtu lalu selepas ia mengalami kerosakan dalam perjalanan ke Australia.

Wilayah barat enggan membenarkan para penghijrah, yang dipercayai minoriti Tamil, turun dan berkata kapal itu akan ditunda keluar menuju perairan antarabangsa untuk meneruskan perjalanannya selepas kerja pembaikan selesai.

Keengganan mereka muncul meskipun Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla mengarahkan pihak berkuasa setempat membenarkan mereka turun.

Para pemberontak di Aceh pernah berjuang menentang pemerintahan dari Jakarta hingga 2005 dan pihak berkuasa wilayah masih sekali sekala tidak setuju dengan kerajaan pusat.

Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah yang sering menjadi tumpuan pelancong ke negara ini.
Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah yang sering menjadi tumpuan pelancong ke negara ini.

Semalam lima orang wanita cuba turun dari kapal, yang kini terkandas di pantai di bandar Lhoknga, dan ramai penduduk kampung setempat meluru ke arah kapal itu, menurut laporan seorang wartawan AFP yang berada di situ.

Polis melepaskan tembakan amaran ke udara ketika keadaan menjadi kelam kabut, menurut wartawan itu.

Para pegawai berunding dengan wanita-wanita dan mereka memanjat naik kembali ke dalam kapal.

“Agak banyak kesedihan, banyak tangisan,” kata Lilianne Fan, pengarah antarabangsa NGO Aceh, Yayasan Gentanyoe, yang pasukannya berada di sana menyaksikan insiden itu.

Agensi orang pelarian PBB hari ini berkata ia ‘sangat bimbang’ dengan keadaan mereka di dalam kapal itu, manakala kumpulan hak asasi kemanusiaan menggesa pihak berkuasa membenarkan mereka turun.

“Mereka telah mengharungi perjalanan jauh dan sukar. Kini mereka telah sampai ke daratan di Aceh, mereka seharusnya dibenarkan turun dan menemui para pegawai UNCHR (agensi orang pelarian PBB),” Joset Benedict dari Amnesty International berkata dalam satu kenyataan.

Para pegawai Aceh mempertahankan tindakan mereka, dengan mengatakan para penghijrah tidak memiliki dokumentasi betul.

ARTIKEL YANG SAMA