Berdepan tuduhan rogol remaja 13 tahun

Berdepan tuduhan rogol remaja 13 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun. Tiada pengakuan diambil daripada Norin bin Pungut, 31, yang berdepan dakwaan merogol mangsa di sebuah rumah di Mentiri sekitar April 2016.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak melebihi dari 30 tahun, dan juga sebatan tidak kurang dari 12 kali.

pg06_160516_mahkamah logo2

Norin memberitahu mahkamah, dia berkhidmat dengan pasukan beruniform dan akan melantik seorang peguam untuk mewakilinya.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 21 Mei untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo.

ARTIKEL YANG SAMA