Berdudun di Aidilfitri

Berdudun di Aidilfitri

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Jawa-tankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas bersama Majlis Perundingan Kampung Kilanas terus memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan berkonsepkan Berdudun di Aidilfitri dalam usaha menghidupkan semula adat kunjung mengunjungi di bulan Syawal baru-baru ini.

Sambutan itu, antara lain bertujuan mengeratkan ikatan tali silaturahim antara ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan ahli Majlis Perundingan Kampung serta penduduk dan masyarakat yang tinggal di Kampung Kilanas.

Selain berziarah dan menjamu selera di rumah-rumah yang dikunjungi bagi memohon keberkatan di bulan Syawal ini, ahli rombongan juga memperdengarkan bacaan Dikir Marhaban dan disudahi dengan bacaan doa selamat di setiap rumah yang dikunjungi.

Ahli rombongan juga berkesempatan mengadakan sembahyang berjemaah fardu Zuhur dan Asar di Masjid Kampung Kilanas.

Rombongan Berdudun di Aidilfitri bergambar ramai bersama Menteri Hal Ehwal Ugama.
Rombongan Berdudun di Aidilfitri bergambar ramai bersama Menteri Hal Ehwal Ugama.
Rombongan Berdudun di Aidilfitri bergambar ramai di kediaman Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) di JPM.
Rombongan Berdudun di Aidilfitri bergambar ramai di kediaman Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) di JPM.
Bacaan Dikir Marhaban menyerikan lagi rombongan Berdudun di Aidilfitri di salah sebuah kediaman yang dikunjungi.
Bacaan Dikir Marhaban menyerikan lagi rombongan Berdudun di Aidilfitri di salah sebuah kediaman yang dikunjungi.

Antara kediaman yang dikunjungi semasa ziarah Berdudun di Aidilfitri itu adalah termasuk kediaman Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Halbi bin Haji Yussof dan Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri, Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

ARTIKEL YANG SAMA