Berdudun semai silaturahim

Berdudun semai silaturahim

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 9 Ogos – Berdudun di bulan Syawal merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam menyemai tali silaturahim yang lebih akrab.

Sehubungan itu, sempena Hari Raya Aidilfitri ini, rombongan ahli-ahli Bekas Perajurit Cawangan Daerah Tutong dan Belait, hari ini, telah berkunjung ke rumah Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Perajurit Cawangan Daerah Temburong, Haji Jambul bin Haji Kahar, di Kampung Peliunan, Batu Apoi, di sini.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Yang DiPertua Persatuan Persahabatan Brunei Darussalam-Indonesia (Brudifa), Pengiran Dato Paduka Haji Jaludin bin Pengiran Mohammad Limbang berserta perwakilan dari Kedutaan Indonesia di Brunei Darussalam dan 24 orang ahli Brudifa Negara Brunei Darussalam.

Menurut Yang DiPertua Brudifa, ini merupakan kali pertama rombongan tersebut ke Daerah Temburong dalam rangka pertukaran lawatan yang mana sebelum ini ahli-ahli Brudifa Brunei telah berkunjung ke Republik Indonesia.

Rombongan bergambar ramai di kediaman Haji Jambul di Kampung Peliunan, Batu Apoi.
Rombongan bergambar ramai di kediaman Haji Jambul di Kampung Peliunan, Batu Apoi.

Pengiran Dato Paduka Haji Jaludin menyatakan harapan agar program seumpama ini dapat mencetuskan minda ke arah yang lebih proaktif agar perancangan aktiviti dapat direalisasikan dengan jayanya atas kerjasama dan komitmen semua peringkat ahli-ahli Brudifa khususnya akan membolehkan mereka berjaya merealisasikan apa yang dirancang dengan baik dan menjadikannya sebagai satu organisasi yang cemerlang serta terus unggul, ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA