Berdych ragu-ragu sertai Olimpik

Berdych ragu-ragu sertai Olimpik

LONDON, 23 Jun (AFP) – Pemain nombor sembilan dunia dan bekas finalis Wimbledon, Tomas Berdych hari ini mengakui bahawa virus Zika akan memaksanya untuk tidak beraksi dalam Olimpik Rio pada Ogos depan.

Pada hari bintang golf Rory McIlroy berkata dia tidak akan menyertai Sukan itu kerana ketakutan ancaman kesihatan, pemain dari Republik Czech, Berdych berkata dia mungkin akan mengikut jejak tersebut.

“Olimpik masih berada dalam jadual dan perancangan saya,” kata pemain itu, 30, yang mara ke pertandingan akhir Wimbledon pada 2010.

“Zika sudah pasti sesuatu yang dalam minda saya. Saya perlu melihat mengenainya dan memikirkan mengenainya.

Tomas Berdych kini dalam keraguan sama ada untuk Olimpik Rio atau tidak disebabkan Zika. – AFP
Tomas Berdych kini dalam keraguan sama ada untuk Olimpik Rio atau tidak disebabkan Zika. – AFP

“Saya hanya perlu melihat semua banyak perkara dan kemudian membuat keputusan terbaik bagi diri saya (pada masa terdekat).”

Pertandingan tenis Olimpik sudah mengalami beberapa pemain yang menarik diri seperti John Isner dari AS, Dominic Thiem dari Austria, dua pemain dari Australia, Bernard Tomic dan Nick Kyrgios begitu juga dengan pemain veteran Sepanyol, Feliciano Lopez semuanya memilih untuk tidak menyertai pertandingan itu.