Berenang bersama 10 ekor manati

Berenang bersama 10 ekor manati

FLORIDA, Amerika Syarikat (Agensi) – Sepasang pelancong terkejut apabila mendapati sekumpulan ikan gergasi berada di bawah papan kayuh mereka ketika berada di sungai Weeki Wachee di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 10 ekor spesies mamalia dikenali sebagai manati itu berenang di bawah papan kayuh yang dinaiki oleh Tyler dan Lauren.

Menurut jurucakap syarikat papan kayuh Sup Weeki, kedua-dua pasangan itu bertuah kerana manati sukar dilihat di sungai tersebut.

“Kami jarang melihat manati di sini dan sering memberitahu pelancong mereka adalah bertuah jika dapat melihat seekor spesies mamalia tersebut. Tetapi, Tyler dan Lauren melihat 10 ekor manati minggu lepas,” ujarnya.

Haiwan yang kelihatan seperti dugong itu semakin terancam akibat diburu oleh manusia sehingga menyebabkan ia terpaksa dilindungi daripada kepupusan.

Ia turut menjadi mangsa kepada babi hutan jika berenang berdekatan selain mati akibat tersangkut di dalam jaring ikan.