Bergabung tamatkan krisis

Bergabung tamatkan krisis

TEHRAN, 15 Jun (Agensi) – Menteri Luar Mohammad Javad Zarif meminta negara serantau supaya bergabung untuk menamatkan krisis di Yaman.

“Semua negara serantau dan dunia Islam harus berusaha untuk menamatkan kemelut yang dihadapi menerusi perpaduan,” kata Zarif dalam satu mesyuarat dengan duta Yaman ke Tehran petang semalam.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, mengucapkan terima kasih kepada duta Yaman atas usahanya ketika misi beliau di Iran.

Zarif menekankan keperluan perpaduan di kalangan negara Islam terhadap komplot yang dirancang ke atas mereka dan merujuk kepada sekatan barat yang dikenakan ke atas negara Yaman dan meminta negara Islam supaya berjaga-jaga ketika berhadapan dengan komplot yang menyasarkan penduduk Islam.

Mir Ghani Abkar al-Bakhit, atas pihak beliau, mengucapkan terima masih kepada kementerian luar Iran kerana bekerjasama dengan beliau dalam tempoh empat tahun lalu.

Duta Yaman yang bersara itu menyatakan hubungan yang amat baik di antara Tehran dan Sanaa dan meluahkan harapan hubungan rapat kedua-dua negara akan berterusan pada tahun-tahun akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA