Bergaya dulu kalah kemudian

Bergaya dulu kalah kemudian

LONDON, 21 Sept (Mirror/Newcastle Chronicle) – Dua bintang baru Newcastle United dicop ‘memalukan’ kerana gah bergaya dengan tuksedo sebelum beraksi pada perlawanan mingguan liga di gelanggang sendiri.

Kelibat Chancel Mbemba dan Florian Thauvin tiba di St James Park menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak ketika pihak pengurusan belum menyiapkan sut rasmi kegunaan pemain.

Pemerhati mendakwa Magpies patut disingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) disebabkan tindakan pemain terbabit.

Beberapa pengulas televisyen dan wartawan sukan Britain tidak tertarik dengan tindakan dua pemain terbabit memandangkan skuad kendalian Steve McClaren belum mencatat kemenangan selepas enam perlawanan musim.

Kekalahan terbaru 2-1 kepada pasukan baru naik EPL Watford membuatkan peminat bertambah berang.