Bergelap dalam terowong

Bergelap dalam terowong

PERANCIS, 2 Sept (AFP) – Para penumpang Eurostar terkandas dalam kegelapan selepas ‘penceroboh’ memasuki landasan semalam, dalam gangguan terbaru kepada perkhidmatan seberang-Channel oleh penghijrah yang disyaki untuk sampai ke Britain.

Kereta-kereta api itu sebuah di Britain dan empat di Perancis dihalang dari memasuki Terowong Channel selepas orang ramai menyekat landasan di Calais sekitar pukul 10:30 malam, menurut syarikat itu.

“Terdapat penceroboh di bahagian terusan Perancis yang bererti lalu lintas tersekat. Lima buah kereta api terkandas di kedua-dua bahagian,” menurut jurucakap Eurostar.

“Kami sedang menanti pihak polis berusaha menamatkan halangan di zon itu supaya kereta api dan lalu lintas boleh bermula lagi. Kerana kami tidak tahu bila halangan di tempat itu berakhir, kami benar-benar tidak dapat mengatakan apa-apa tentang berapa lama penangguhan terowong itu. Adalah mustahil bagi kami untuk menyatakan buat masa ini.”

Perancis dan Britain telah membawa langkah kecemasan untuk menangani meningkatkan bilangan penghijrah yang cuba menyeberang Terowong Channel selepas ada yang terbunuh ketika melakukan percubaan terdesak untuk sampai ke England.

Kakitangan Eurostar cuba menyabarkan penumpang yang terkandas di perkhidmatan Eurostar bagi perjalanan dari Paris menuju London. – Reuters
Kakitangan Eurostar cuba menyabarkan penumpang yang terkandas di perkhidmatan Eurostar bagi perjalanan dari Paris menuju London. – Reuters

Kira-kira 3,000 orang penghijrah yang berkhemah di pelabuhan utara Perancis, Calais telah meningkatkan usaha mereka untuk mengakali bilangan pegawai keselamatan dan polis yang betul-betul melebihi untuk sampai kepada apa yang mereka lihat sebagai “El Dorado” Britain.

Para penumpang berkata keadaan di kereta api Eurostar semakin tidak tertahan.

“Kami telah menanti di laluan masuk ke terowong hampir empat jam dan kini tidak ada bekalan elektrik lagi dan kami dalam keadaan bergelap,” kata Geraldine Guyon, seorang penumpang yang terkandas di kereta api Eurostar dari Paris ke London.

”Dari tempat kami berada, kami melihat perkhidmatan Eurotunnel. Mereka memberitahu bahawa terdapat masalah dengan para penghijrah di landasan kereta api,” katanya, dengan menambah kata bahawa sebuah pesawat helikopter terbang di atas Eurostar selama sejam.