Bergembira sebelum berpisah

Bergembira sebelum berpisah

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Seramai 81 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6 dan guru-guru Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan aktiviti selepas peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) iaitu aktiviti Perlawanan Boling Inter-class yang diadakan di Utama Boling, Jalan Batu Satu, di sini, hari ini.

Perlawanan boling itu diadakan bertujuan untuk mengukuhkan sikap kerjasama antara para pelajar dan juga untuk meluangkan masa mereka bersama kawan-kawan mereka sebelum mereka berpisah dan berpindah ke sekolah menengah tahun depan.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengisi aktiviti-aktiviti sekolah dan melepasi tekanan selepas menghadapi peperiksaan PSR 2016.

Selepas acara perlawanan dijalankan, penyampaian hadiah juga disampaikan oleh guru kelas masing-masing.

Murid-murid Tahun 6 dan guru-guru Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang mengikuti perlawanan boling tersebut.
Murid-murid Tahun 6 dan guru-guru Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang mengikuti perlawanan boling tersebut.

Penyampaian hadiah juga disampaikan kepada pemenang-pemenang keseluruhan iaitu bagi murid lelaki ialah Awang Hamiz Asyidiq bin Zainolhizad dan bagi murid perempuan dimenangi oleh Dayang Nor Azzyati Qistina binti Rinair Rupia’an.

Pelbagai aktiviti dan kegiatan telah pun diaturkan sebelum musim cuti persekolahan, antaranya menonton wayang, program cintai masjid, mengadakan riadah di Waterpark Jerudong, Kem Hafazan dan banyak lagi.