Bergemerlapan dengan pertunjukan bunga api

Bergemerlapan dengan pertunjukan bunga api

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Khairil Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Ruang angkasa Jerudong malam ini bergemerlapan dengan pertunjukan bunga api sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Kanan Yang Dipertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd Yusof.

pg01_150825_b

Persembahan bunga api anjuran Pejabat Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri itu berlangsung selama kira-kira 30 minit dan disaksikan orang ramai.

Kawasan Taman Permainan Jerudong dibuka secara percuma malam ini untuk orang ramai menyaksikan persembahan bunga api bersama ahli keluarga masing-masing.

Malam tadi, persembahan yang serupa telah diadakan di kawasan Taman Jubli di ibu negara.

ARTIKEL YANG SAMA