Berhadapan dengan kegelapan diri

Berhadapan dengan kegelapan diri

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

NOVEL A Darkly Beating Heart adalah sebuah novel mengenai kisah merentas masa yang berselang seli di antara masa sekarang dan Jepun pada kurun ke-19 di mana seorang gadis bergelut dengan kegelapan yang mengintai di dalam dirinya.

Tiada seorang pun yang tahu apa yang patut mereka lakukan terhadap Reiko, seorang gadis yang dipenuhi dengan perasaan benci.

Reiko sentiasa ingin melukakan dirinya sendiri dan orang-orang di sekelilingnya. Setelah satu kejadian percubaan bunuh diri yang gagal, kedua-dua ibu bapa Reiko telah menghantarnya dari kediaman mereka di Seattle untuk menghabiskan percutian musim panasnya bersama keluarga mereka di Jepun untuk mengajarkannya tentang kawan emosi.

Namun ketika Reiko melawat sebuah perkampungan yang bersejarah di Jepun, Kuramagi, yang dipelihara untuk menunjukkan keadaan pada zaman Edo di kurun ke-19, Reiko telah mendapati bahawa dirinya telah terlontar ke masa silam di dalam tubuh seorang gadis bernama Miyu.

Miyu adalah seorang gadis muda yang mempunyai personaliti yang lebih teruk daripada Reiko, dan Reiko senang hidup sebagai Miyu, sehinggalah dia mendapat tahu rahsia di sebalik Kuramagi. Reiko kini harus berhadapan dengan kegelapan yang mengintai di dalam diri Miyu dan juga dirinya.

Apakah sebenarnya yang membuatkan Reiko terlontar ke masa silam? Apakah sebab di sebalik segala yang terjadi di mana Reiko terpaksa hidup sebagai Miyu? Apakah rahsia sebenar di sebalik kampung Kuramagi yang telah didapati oleh Reiko? Untuk mengetahui segala jawapan di sebalik persoalan ini, jangan lupa untuk mendapatkan novel A Darkly Beating Heart karya Lindsay Smith di pasaran segera.