Berhak tuntut tempat di Perancis – Hodgson

Berhak tuntut tempat di Perancis – Hodgson

VILNIUS, Lithuania, 13 Okt – Roy Hodgson menegaskan skuad simpanan England yang membantu melengkapkan kempen kelayakan Euro 2016 dengan sempurna berhak menuntut tempat mereka di Perancis, tahun depan.

Hodgson membariskan pasukan simpanan bagi perlawanan terakhir Kumpulan E menentang Lithuania, semalam dan mereka membalasnya dengan kemenangan meyakinkan 3-0.

Pemain tengah Everton, Ross Barkley membuka tirai jaringan diikuti gerakan Harry Kane yang membawa kepada gol sendiri Giedrius Arlauskis sebelum bintang Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain melengkapkan jumlah jaringan.

Hodgson menegaskan bahawa dia mungkin akan kekal dengan rancangannya memastikan para pemain yang memastikan kejayaan England semalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih bagus lagi sekali gus menguatkan peluang mereka untuk bermain di Perancis.

“Kami sudah menggunakan ramai pemain ketika kelayakan kerana masalah kecederaan, jadi semua orang dalam kumpulan ini sudah menyumbang.”

Menjelang kempen sebenar Euro tahun depan, Hodgson dikatakan sudah merancang beberapa siri perlawanan persahabatan berkualiti menentang Sepanyol, Perancis dan Jerman. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA