Berhemahlah di jalan raya

Berhemahlah di jalan raya

Di sini saya ingin meminta keprihatinan bagi para pemandu di Brunei Darussalam, terutama sekali kereta mewah dan kereta yang cukup sifatnya untuk menggunakan lampu isyarat (signal) yang bertujuan untuk menunjukkan bahawa biskita prihatin untuk pemandu yang lain tahu biskita ingin menukar jalan atau menukar arah mahupun memasuki simpang.

Jika biskita tidak tahu cara menggunakan signal tersebut sila kembali membuat pertanyaan di sekolah memandu atau pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD). Dan satu lagi diharapkan pemandu-pemandu yang lain agar mampu memahami kod warna lampu isyarat bahawa warna merah untuk berhenti, warna kuning untuk bersedia untuk berhenti dan hijau untuk berjalan.

Ini kerana ada sesetengah orang sama ada alpa atau tidak memahami atau buta warna masih lagi melanggar lampu isyarat yang berwarna merah.

Segelintir pemandu terus memandu perlahan di lorong laju sebelah kanan tanpa menghiraukan pemandu yang lain.

Diharap pihak polis trafik dan JPD untuk mengetatkan lagi peraturan lalu lintas dan jalan raya bagi pengguna jalan raya lainnya. – Pengguna yang prihatin

ARTIKEL YANG SAMA