Berhijrah untuk membangun

Berhijrah untuk membangun

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Dalam sama-sama memperingati Hijrah Rasulullah S.A.W, Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Dewan Majlis, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang dipengerusikan bersama Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat dan Jabatan Penyelidikan Brunei bagi Jabatan Perdana Menteri serta jabatan-jabatan di bawahnya ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan jurutulis Majlis Mesyuarat Negara serta para jemputan khas.

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, Dayang Siti Ajeerah binti Najib.

Tetamu kehormat bersama para jemputan khas lainnya hadir di Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 di Dewan Bankuet, Dewan Majlis.
Tetamu kehormat bersama para jemputan khas lainnya hadir di Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 di Dewan Bankuet, Dewan Majlis.
Haji Mail ketika menyampaikan ceramah mengenai penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W.
Haji Mail ketika menyampaikan ceramah mengenai penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W.
Antara mereka yang hadir bagi sama-sama memperingati Hijrah Rasulullah S.A.W.
Antara mereka yang hadir bagi sama-sama memperingati Hijrah Rasulullah S.A.W.

Majlis turut diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Berhijrah untuk Membangun’ oleh Penceramah Pusat Dakwah Islamiah, Haji Mail bin Haji Besar, yang antara lain menyentuh mengenai penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak membuat perubahan, antaranya merubah manusia daripada menyembah berhala.

Majlis keagamaan ini merupakan acara tahunan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi memperingati Hijrah Rasulullah S.A.W di samping memupuk semangat dalam membangunkan sebuah negara Islam yang kukuh dan disegani.

ARTIKEL YANG SAMA