Beri perhatian pada Manual Prosedur Kejururawatan

Beri perhatian pada Manual Prosedur Kejururawatan

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Seramai 37 graduan telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-3 bagi Kursus Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan Sesi 2014-2015 dan Kursus Sijil Pembantu Jururawat (Kejururawatan dan Perbidanan) sesi 2013-2015, yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini.

Penyampaian sijil kepada para graduan telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, pegawai tugas-tugas khas kanan, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua pengarah, para pengarah, pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan serta keluarga para graduan yang diraikan.

Dalam ucapannya di majlis itu, Yang Berhormat Pehin antara lain menekankan mengenai kepentingan Manual Prosedur Kejururawatan, yang menurutnya, sangat mustahak untuk diambil perhatian, difahami dan seterusnya dipraktikkan oleh profesion kejururawatan.

“Ini kerana, ia adalah asas utama untuk dijadikan sebagai garis panduan atau prosedur dalam menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan khususnya dari aspek rawatan dan penjagaan kesihatan bagi jururawat dan perbidanan.”

Menteri Kesihatanmenekankan mengenai kepentingan Manual Prosedur Kejururawatan semasa menyampaikan ucapan di majlis itu.
Menteri Kesihatanmenekankan mengenai kepentingan Manual Prosedur Kejururawatan semasa menyampaikan ucapan di majlis itu.

pg04_150508_f

Selain itu juga, ia adalah bagi jururawat dan perbidanan memastikan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat mencapai hasrat ke arah lebih selamat, kompeten, berkualiti, efisien dan efektif selain mampu memenuhi cita rasa pesakit dan mereka yang memerlukan rawatan dengan memuaskan, tambah Yang Berhormat Pehin lagi.

Di majlis itu, seramai 12 graduan menerima sijil Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan Kohort 2, tujuh menerima Sijil Pembantu Jururawat (Kejururawatan dan Perbidanan); dan 18 lagi menerima Sijil Pembantu Jururawat (Perbidanan) Kohort 1.

Dayang Siti Nadhirah menerima Augerah khas pencapaian terbaik keseluruhan Sijil Pembantu Jururawat (Perbidanan) daripada Yang Berhormat Pehin.
Dayang Siti Nadhirah menerima Augerah khas pencapaian terbaik keseluruhan Sijil Pembantu Jururawat (Perbidanan) daripada Yang Berhormat Pehin.
Haji Mohammad Khairul Annuar (kanan) menerima Anugerah Khas pencapaian terbaik keseluruhan Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan daripada Menteri Kesihatan (kiri).
Haji Mohammad Khairul Annuar (kanan) menerima Anugerah Khas pencapaian terbaik keseluruhan Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan daripada Menteri Kesihatan (kiri).

pg04_150508_d

Sesi bergambar ramai para graduan bersama Menteri Kesihatan selepas penyampaian sijil di Majlis Konvokesyen berkenaan, kelmarin.
Sesi bergambar ramai para graduan bersama Menteri Kesihatan selepas penyampaian sijil di Majlis Konvokesyen berkenaan, kelmarin.

Majlis turut menyaksikan Yang Berhormat Pehin menyampaikan Anugerah Khas kepada graduan-graduan terbaik dari setiap kursus tersebut, iaitu Haji Mohammad Khairul Annuar bin Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bagi Kursus Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan; Awang Mohammad Syaf’i bin Kipli/Kiflee bagi Kursus Sijil Pembantu Jururawat (Kejururawatan Am); dan Dayang Siti Nadhirah binti Mohd Hassan bagi Kursus Sijil Pembantu Jururawat (Perbidanan).

Terdahulu majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Jururawat, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Haji Abdul Arif bin Haji Anuar.

Majlis anjuran Kementerian Kesihatan melalui Pusat Latihan dan Perkembangan Kejururawatan, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, ini bertujuan untuk memberi penganugerahan kepada para graduan di atas pencapaian akademik mereka di samping memberikan suntikan motivasi kepada para graduan untuk memulakan dan meningkatkan profesionalisme mereka di bidang masing-masing yang sekali gus dapat menyumbang kepada peningkatan perkhidmatan penjagaan pesakit di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA