Beri semangat pelajar hadapi peperiksaan

Beri semangat pelajar hadapi peperiksaan

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 1 Nov – Seramai 120 pelajar dari 10 buah sekolah-sekolah ugama di daerah ini yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama Darjah VI dalam bulan ini, telah menghadiri ‘Program Motivasi Pelajar Cemerlang’ di Dewan Sekolah Persediaan Arab Temburong, baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Pengajian Islam (JPI) peringkat Daerah Temburong yang kali kedua ia diadakan di sini, turut menyelitkan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Pegawai Pengajian Islam Brunei IIA, Bahagian Sekolah-sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Awang Mohd Ahsanul Azmi bin Haji Sarbini.

Antara tujuan ia diadakan adalah untuk memberikan impak positif kepada diri pelajar supaya lebih berkeyakinan serta dapat mewujudkan azam dan iltizam para pelajar untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

Program itu turut dihadiri oleh para pegawai JPI, guru-guru besar dan guru-guru agama di Daerah Temburong.
Program itu turut dihadiri oleh para pegawai JPI, guru-guru besar dan guru-guru agama di Daerah Temburong.

Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan semangat dan kekuatan mentaliti menghadapi peperiksaan dan memberikan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

Semasa program berkenaan, para pelajar telah diberikan panduan, kaedah dan teknik yang lebih berkesan sebelum menghadapi peperiksaan di samping menzahirkan peranan doa, zikir dan meminta restu dan redha daripada ibu bapa dan para guru termasuk menjalankan latihan-latihan menjawab soalan-soalan peperiksaan.

ARTIKEL YANG SAMA