Beriadah melalui sukan

Beriadah melalui sukan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Keluarga besar PHR meneruskan lagi aktiviti berbentuk riadah dengan mengadakan sukan bola sepak seperti yang sering diadakan sebelum ini.

Kelmarin, Pasukan PHR sekali lagi mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan lawan mereka kali ini ialah Transport FC, yang telah mengambil tempat di Padang Sekolah Rendah Pulaie, Daerah Brunei dan Muara.

Perlawanan antara lain bertujuan untuk mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan dalam kalangan anggota keluarga besar PHR, di samping menjalin silaturahim dengan pemain Transport FC.

Selain daripada mengadakan riadah seperti sukan seumpamanya, mereka juga sering mengadakan aktiviti berbentuk keagamaan terutama sekali semasa menjelang hari-hari kebesaran Islam yang disambut di negara ini.

Skuad PHR Family (kuning) dengan Transport FC (hijau).
Skuad PHR Family (kuning) dengan Transport FC (hijau).

ARTIKEL YANG SAMA