Beriadah sambil beramal

Beriadah sambil beramal

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 6 Mac – Sejumlah $8,666.68 telah berjaya dikutip pada Walkaton Amal bertaja bagi Kutipan Derma Anak-anak Yatim Daerah Temburong yang diadakan di Kawasan Padang Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, di sini.

Hadir selaku tetamu Kehormat majlis ialah Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud, selaku pengerusi acara.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Adam bin Haji Tengah dan disusuli dengan penyerahan hasil kutipan oleh tetamu kehormat kepada penolong pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Tabung Anak-anak Yatim Sesi 2015-2017.

Sebahagian daripada penderma dari Bandar Seri Begawan turut menyumbang pada hari tersebut.
Sebahagian daripada penderma dari Bandar Seri Begawan turut menyumbang pada hari tersebut.

Bagi memeriahkan acara walkaton berkenaan, pelbagai aktiviti sampingan diadakan seperti senamrobik beramai-ramai, menunggang motosikal, serta pameran daripada agensi kerajaan di Daerah Temburong termasuk kempen derma darah dan penyaringan kesihatan untuk orang ramai.

Acara walkaton amal seumpamanya ini akan diungkayahkan setiap tahun sebagai salah satu rancangan kerja tahunan Jabatan Daerah Temburong yang dijalankan melalui Jawatankuasa Kerja Tabung Anak-anak Yatim Daerah Temburong dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan orang-orang perseorangan.

ARTIKEL YANG SAMA