Beribu penduduk dikerah berpindah

Beribu penduduk dikerah berpindah

TOKYO, 8 Okt (dpa) – Beribu-ribu penduduk di utara Jepun telah diarahkan berpindah hari ini berikutan taufan yang akan membadai pulau Hokkaido pihak berkuasa cuaca media tempatan melaporkan.

Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan pemindahan untuk beribu-ribu penduduk di bandar Nemuro di kawasan pantai dan kejiranan disebabkan taufan Choi-Wan dari timur menghampiri kawasan berkenaan, Harian Hokkaido melaporkan.

Kira-kira 170 penerbangan dibatalkan dan perkhidmatan kereta api digantung, kata akhbar.

Taufan 23 musim ini masih berada di jarak beberapa ratus kilometer dari timur Jepun dengan kelajuan angin 108 kilometer sejam yang berterusan dan ketiupan angin sehingga 162 kilometer sejam, kata Agensi Meteorologi Jepun.

ARTIKEL YANG SAMA