Beribu-ribu dipindahkan ketika tentera lupus bom WWII

Beribu-ribu dipindahkan ketika tentera lupus bom WWII

HANOVER, Jerman, 19 Julai – Para pegawai di utara Jerman telah memindahkan sekitar 16,000 orang daripada kediaman mereka dan menutup hampir keseluruhan bahagian lebuh raya hari ini untuk bersiap sedia bagi melupuskan bom yang belum meletup semasa Perang Dunia Kedua (WWII).

Keadaan kelam-kabut yang dikhuatiri berlaku akibat daripada pemindahan itu gagal untuk menjadi kenyataan selepas pihak berkuasa menutup sebahagian lebuh raya timur-barat A2 berhampiran Hanover. Penutupan itu dirancang sehingga 8 malam (1800 GMT).

Bom yang tidak meletup bertarikh semasa pengeboman udara Jerman, Perang Dunia Kedua masih lagi sering ditemui. Kebanyakan pihak berkuasa mengerahkan pasukannya bekerja sepenuh masa untuk mengesannya dan melupuskannya. – dpa