Beribu-ribu hadiri rapat pro-Beijing

Beribu-ribu hadiri rapat pro-Beijing

HONG KONG, 13 Nov – Beribu-ribu orang hari ini menghadiri rapat pro-Beijing di Hong Kong untuk menyokong keputusan China untuk mengharamkan dua penggubal undang-undang pro-kemerdekaan dilantik dalam kerajaan, ketika kebimbangan meningkat mengenai kebebasan bandar itu kini terancam.

Keputusan Beijing minggu lalu menghalang satu keputusan oleh mahkamah Hong Kong sama ada penggubal undang-undang Baggio Leung dan Yau Wai-ching tidak dilayakkan daripada parlimen selepas secara sengaja tersalah baca kenyataan angkat sumpah, memasukkan kata-kata macian dan membalutkan diri mereka dengan bendera ‘Hong Kong bukan China.’

Tafsiran Beijing terhadap isu perlembagaan bandar itu pada Isnin mengatakan bahawa sesiapa yang mengangkat sumpah dan tidak mengikuti kata-kata dalam kenyataan sumpah ‘atau mengangkat sumpah dalam keadaan tidak jujur atau tidak serius,’ perlu digugurkan.

Orang ramai yang mengikuti rapat hari ini mengibarkan bendera-bendera China, mengelilingi ibu pejabat kerajaan dalam usaha menunjukkan sokongan bagi keputusan Beijing, dikecam oleh aktivis pro-demokrasi dan pakar perundangan sebagai satu tamparan hebat kepada sistem kehakiman Hong Kong.

Penyokong melaungkan slogan seperti ‘berjuang menentang kemerdekaan Hong Kong, sokong tafsiran,’ di rapat yang dihadiri oleh penggubal undang-undang pro-Beijing.

Seorang remaja mengibarkan bendera China semasa rapat menyokong keputusan China untuk mengharamkan dua orang penggubal undang-undang daripada dilantik ke dalam kerajaan. – AFP
Seorang remaja mengibarkan bendera China semasa rapat menyokong keputusan China untuk mengharamkan dua orang penggubal undang-undang daripada dilantik ke dalam kerajaan. – AFP

“Sel barah adalah mereka yang mempromosikan kemerdekaan Hong Kong, kami akan memerangi mereka sehingga ke akhirnya,” penggubal undang-undang Michael Tien memberitahu khalayak ramai yang bersorak kuat menyokongnya.

“China tidak akan pernah bertoleransi memecahkan negara,” kata Tien. Manakala Priscilla Leung, seornag lagi penggubal undang-undang pro-China yang menghadiri rapat itu, mengatakan sikap penggubal undang-undang pada majlis mengangkat sumpah itu ‘memalukan semua orang Cina.

Polis mengatakan 28,500 orang menghadiri rapat itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Hong Kong sama ada Leung dan Yau sepatutnya digugurkan masih lagi tertangguh. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA