Beribu-ribu kanak-kanak ditahan ketika operasi

Beribu-ribu kanak-kanak ditahan ketika operasi

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), AS, 28 Julai – Beribu-ribu kanak-kanak ditahan dan ramai lagi diseksa ketika operasi keselamatan yang dilancarkan dalam respons kepada ancaman dari para pelampau seperti kumpulan Islam IS di Iraq dan Syria, dan Boko Haram di Nigeria, menurut Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) hari ini.

Dalam laporan baru, kumpulan hak asasi di AS mendokumenkan peningkatan dalam penahanan kanak-kanak di enam buah negara yang terjejas oleh konflik: Afghanistan, Republik Demokratik Congo, Iraq, Israel, dan wilayah-wilayah Palestin, Nigeria dan Syria.

“Ketika kerajaan cuba memberi respons kepada konflik bersenjata dan kebangkitan kumpulan pelampau bersenjata seperti ISIS dan Boko Haram, kita telah menyaksikan trend yang sangat membimbangkan,” kata Jo Becker, pengarah sokongan hak kanak-kanak.

“Kerajaan menahan beribu-ribu kanak-kanak tanpa didakwa, kerap selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun dan sering menjadi mangsa penyeksaan dan layanan buruk.”

Di Syria, kini dalam tahun keenam peperangan, kira-kira 1,433 orang kanak-kanak telah ditahan, tetapi hanya 436 dibebaskan, laporan itu mengatakan dengan memetik Pusat Pendokumenan Pencabulan di Syria. – AFP