Beriga penggunaan e-Darussalam

Beriga penggunaan e-Darussalam

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Kementerian Pembangunan, hari ini, telah menganjurkan Klinik e-Darussalam bagi meningkatkan kesedaran penggunaan portal rasmi kerajaan dalam kalangan pegawai dan kakitangannya.

Bengkel dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dayang Norefna binti Abdullah.

Klinik ini memperkenalkan penggunaan e-Darussalam dalam memberikan dan menyatukan kesemua perkhidmatan dalam kerajaan, maklumat, statistik, kalendar dan acara-acara yang dijalankan.

Portal e-Darussalam juga mampu mengakses kesemua perkhidmatan dalam termasuk sistem membaharui lesen memandu, lesen kenderaan, pembayaran bil elektrik, status penggunaan meter elektrik dan aplikasi lesen perniagaan.

Para peserta ditunjuk ajar secara praktikal bagaimana mendaftar dengan e-Darussalam.
Para peserta ditunjuk ajar secara praktikal bagaimana mendaftar dengan e-Darussalam.

Bengkel ini juga membantu para peserta untuk mengajar cara-cara pendaftaran dan mengaktifkan akaun e-Darussalam, mengimbas dan memuat naik sijil serta dokumen bagi kegunaan sistem PSC Recruitment, dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna akaun e-Darussalam dan sistem PSC recruitment.

Dilancarkan pada Februari 2015, sistem PSC Recruitment membolehkan pencari kerja untuk mencari dan memohon jawatan-jawatan kosong yang diiklankan oleh JPA setelah mendaftar dengan akaun e-Darussalam.

Portal e-Darussalam boleh dilayari di www.gov.bn, atau dihubungi melalui talian Darussalam 123 atau menghantar e-mel ke alamat info@123.egc.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA