Beriga Perintah Keselamatan & Kesihatan Tempat Kerja

Beriga Perintah Keselamatan & Kesihatan Tempat Kerja

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 16 Okt – Dalam usaha untuk memberigakan Perintah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja 2009, dan peraturan-peraturan di bawahnya, Jabatan Buruh telah menganjurkan jerayawara di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan, di sini, hari ini.

Insiatif menganjurkan majiis tersebut sekaligus untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mengetahui dan memahami perintah tersebut.

Hampir 100 orang dalam kalangan majikan syarikat swasta yang menjalankan kegiatan sektor pembinaan di Kuala Belait telah menghadiri majlis tersebut, serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Buruh khususnya Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja.

Acara kemuncak majlis tersebut ialah taklimat mengenai Perintah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja 2009, dan Peraturan-peraturan di bawahnya yang telah disampaikan oleh Pemeriksa Buruh Kanan di Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja, Jabatan Buruh, Awang Mohammad NoorFaizal bin Haji Mohammad Osmena.

Awang Mohammad NoorFaizal semasa menyampaikan taklimat.
Awang Mohammad NoorFaizal semasa menyampaikan taklimat.

Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi membukakan peluang kepada para majikan untuk mengemukakan soalan mengenai perkara yang ingin diketahui dan memahami lebih lanjut perintah berkenaan.

Menerusi jerayawara itu, ia dihasratkan supaya para majikan dan pekerja memahami dan seterusnya meningkatkan lagi budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, iaitu dengan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan serta kesihatan di persekitaran tempat kerja bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.

ARTIKEL YANG SAMA