Berikan pendidikan menyeluruh

Berikan pendidikan menyeluruh

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 16 Mac – Dalam usaha untuk melahirkan al-Insan as-Saleh, dan memberikan pendidikan menyeluruh dari segi mental, fizikal dan rohani kepada seorang pelajar, satu program keagamaan telah diadakan hari ini di dua buah sekolah iaitu, Ma’had Islam Brunei dan Sekolah Ugama Tanjong Maya, di sini.

Pada sebelah pagi, seramai 287 orang pelajar Ma’had Islam Brunei Tahun 5 dan 8 menyertai Program Keagamaan ini.

Hadir menyampaikan tazkirah di Ma’had Islam Brunei ialah Tenaga Pengajarnya, Awang Saifullah bin Haji Awang Tengah.

Manakala di Sekolah Ugama Tanjong Maya, seramai 92 orang pelajar dari Darjah Pra hingga Darjah 6 hadir mengikuti Program Keagamaan petang tadi. Tazkirah disampaikan oleh Guru Kanan Pentadbiran sekolah tersebut, Pengiran Asnanni bin Pengiran Haji Suhaili.

Antara pelajar Ma’had Islam Brunei yang menyertai program berkenaan.
Antara pelajar Ma’had Islam Brunei yang menyertai program berkenaan.

Antara isi kandungan program ialah menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Wahai Pelajar-Pelajar, Solatlah, Bagaimana Mentaatinya?’, diikuti dengan bacaan Asmaul Husna dan ayat-ayat lazim dan diakhiri dengan membaca Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Adapun tujuan program ini diadakan adalah untuk merealisasikan Rancangan Strategik Jabatan Pengajian Islam iaitu meningkatkan peratus pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah Arab dan ugama.

Selain itu, program ini diadakan adalah untuk meningkatkan keberkesanan program kokurikulum, dan melahirkan aqidah yang kukuh dan akhlak yang mulia melalui program ini.

ARTIKEL YANG SAMA