Berita banduan larikan diri tidak benar

Berita banduan larikan diri tidak benar

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – Berita mengenai banduan yang melarikan diri ke Sungai Buloh yang disebarkan melalui aplikasi media sosial WhatsApp adalah tidak benar.

Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini mengesahkan perkara itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyiarkan atau menyebarkan laporan tidak benar yang boleh menjejaskan ketenteraman dan menimbulkan keresahan orang awam terhadap keselamatan mereka.

Jika sesiapa didapati melakukan kesalahan itu, mereka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 34, Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 iaitu sesiapa yang sama ada, menggunakan lisan atau tulisan atau menggunakan cara menyebarkan laporan yang salah atau membuat kenyataan yang salah yang boleh menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh dipenjarakan tiga tahun dan didenda $3,000.