Berita gembira buat para petani India

Berita gembira buat para petani India

NEW DELHI, 8 Jun – Hujan monsun tahunan tiba di selatan India hari ini, mengurangkan kebimbangan berjuta-juta para petani yang terdesak selepas dua tahun dilanda kemarau, menurut jabatan kaji cuaca.

Para petani biasanya bergantung pada hujan monsun, yang melanda pantai Kerala setiap tahun dan kemudian membadai di seluruh negara, untuk mengairi tanaman mereka dan menambahkan air empangan dan takungan air.

Namun India yang sudah dilanda krisis air terburuknya sejak bertahun-tahun, dengan 330 juta orang, atau suku daripada penduduk, menderita akibat kemarau selepas dua minggu musim hujan.

“Monsun barat daya melanda Kerala hari ini,” tweet Jabatan Meteorologi India, menambah bahawa keadaan itu adalah betul bagi hujan untuk bergerak mara ke sebahagian selatan India.

Budak perempuan India memegang payung sambil membonceng basikal semasa menyeberangi jalan pada waktu hujan lebat di Chennai pada 8 Jun. – AFP
Budak perempuan India memegang payung sambil membonceng basikal semasa menyeberangi jalan pada waktu hujan lebat di Chennai pada 8 Jun. – AFP

Jabatan itu pada awalnya meramalkan monsun di atas purata tahun ini dan bermula pada 7 Jun, menawarkan harapan bagi sektor pertanian yang bergelut.

Sekitar 60 peratus tenaga kerja yang digaji dalam sektor itu, kebanyakannya adalah buruh miskin. Para petani menanam kebanyakan tanaman mereka bermula Jun dengan menuainya bermula Oktober. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA