‘Berita itu tidak alih perhatian kami’ – Joe Hart

‘Berita itu tidak alih perhatian kami’ – Joe Hart

LONDON, 4 Feb – JOE Hart dan rakan sepasukan di Manchester City mahu menghadiahkan satu kejuaraan kepada Manuel Pellegrini sebelum jurulatih itu meninggalkan kelab berkenaan pada akhir musim ini.

Penjaga gol City itu memberitahu, pengumuman Pellegrini yang mahu meninggalkan kelab tersebut dan akan digantikan oleh Pep Guardiola tidak mengalih perhatian pemain untuk memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

“Berita itu tidak mengalih tumpuan asal kami.

“Kami mahu memenangi saingan musim ini dan Pellegrini juga mahukan perkara sama. Kami menyokong dan menyanyanginya. Musim depan ialah musim depan.

Jurulatih kelahiran Chile itu sebelum ini berkata, kariernya di City semakin hampir ke penghujung sebelum mengumumkan Giardiola akan mengambil alih.

Joe Hart semasa beraksi dalam perlawanan antara Sunderland dan Manchester City. – Reuters
Joe Hart semasa beraksi dalam perlawanan antara Sunderland dan Manchester City. – Reuters

City bersaing untuk terus berada dalam Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga dan Hart berkata ia akan sesuai dengan keadaan Pellegrini, 62, untuk mengundurkan diri dengan kejuaraan di tangannya.

“Ia tidak akan menjadi gangguan. Kami di sini untuk memenangi kejuaraan, Manuel di sini untuk memenangi kejuaraan,” kata Hart selepas kemenangan 1-0 Selasa di Sunderland, di mana City mengumpul tiga mata di belakang pendahulu liga Leicester City.

Pengumuman itu turut mengakhiri khabar angin yang mendakwa Guardiola akan menggantikan Louis Van Gaal di Manchester United. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA