Berita New York Times kena tapis kali ketiga

Berita New York Times kena tapis kali ketiga

BANGKOK, 15 Dis (dpa) – Akhbar International New York Times dikenakan penapisan di Thailand hari ini bagi kali ketiga dalam tempoh kurang dari sebulan.

Satu artikel yang melaporkan secara mendalam mengenai penahanan seorang lelaki kerana menghina anjing raja ditapis hari ini. Artikel tersebut bagaimanapun masih boleh diakses melalui akhbar dalam talian.

“Artikel dalam ruangan ini dibuang oleh pencetak kami di Thailand,” kata satu kenyataan di mana artikel itu sepatutnya muncul. “Akhbar International New York Times dan kakitangan editorialnya tidak memainkan peranan dalam pembuangan ruangan ini.”

Kerajaan tentera memberikan sokongan kuat dalam mempertahankan kedaulatan raja sejak mengambil alih kuasa.

Gambar fail menunjukkan Raja Bhumibol Adulyadej memegang tali cawak anjing peliharaannya tatkala duduk di atas kerusi roda di hospital Bangkok. – AFP
Gambar fail menunjukkan Raja Bhumibol Adulyadej memegang tali cawak anjing peliharaannya tatkala duduk di atas kerusi roda di hospital Bangkok. – AFP

Ia menggunakan undang-undang lese-majeste untuk mendakwa mana-mana pihak yang membuat sebarang kritikan ke atas raja dan pewarisnya.

Seorang buruh, Thanakorn Siripaiboon dikenakan hukuman kerana membuat ‘ulasan mengejek’ mengenai anjing raja.

Dua artikel yang diterbitkan awal bulan ini yang menyentuh mengenai isu-isu raja serta ekonomi yang meleset di bawah pemerintahan tentera turut dibuang.

Eastern Printing PCL, pencetak tempatan akhbar Times, tidak menjawab panggilan telefon oleh wartawan bagi mendapatkan penjelasan.

ARTIKEL YANG SAMA