Berita Tiger cedera teruk palsu – Mark

Berita Tiger cedera teruk palsu – Mark

LOS ANGELES, 23 Feb (AFP) – Kenyataan yang menyatakan Tiger Woods mengalami kekecewaan serius dalam aksi kembalinya dari pembedahan belakang kali ketiga adalah ‘tidak benar’ kata ejen juara golf 14 kali itu, Mark Steinberg semalam.

Kenyataan menerusi Twitter dari dua yang berbeza – satu darinya penulis golf lama, Robert Lusteich menggambarkan bahawa pemulihan bintang berusia 40 tahun itu tidak berada dalam keadaan baik dan keadaannya semakin teruk.

“Kenyataan yang muncul hujung minggu ini mengenai kesihatan Tiger adalah tidak masuk akal, dan adalah tidak benar,” kata Steinberg dalam satu kenyataan. “Ia patut dikeji di mana setiap bulan seseorang akan menghasilkan sesuatu dan mengalahkannya seperti satu cerita yang sebenar.

Menurut pengurus Twitter, Secret Tour Pro, Woods sedang bersedia bagi aksi kembali ke dalam golf pada Mei depan di Players Championship di Florida tetapi rancangan itu terpaksa dihentikan kerana kekurangan perkembangan dengan kesihatannya.

Lusetich meletakkan dalam tweet, “Saya diberitahu keadaan Tiger Woods semakin teruk. Dia tidak boleh bergerak dengan baik; merasa sakit untuk duduk. Duduk dalam kereta dengan bersandar sepenuhnya. Tiada ramalan untuk kembali. Sedih.”

Jumaat lalu, Steinberg memberitahu ESPN belum ada yang terkini mengenai status Woods.

Woods belum beraksi secara kompetitif sejak Ogos 2015, apabila dia berada di tangga ke-10 di Wyndham Championship.

Woods, yang berusia 40 tahun pada Disember, menjalani pembedahan mikrodoscectomy pada 31 Mac 2014 untuk merawat cakera hernianya.

Dia menjalani prosedur kedua pada 16 September 2015 untuk memperbaiki keretakan cakera yang menjejaskan saraf, dan enam minggu kemudian menjalani satu lagi prosedur untuk menangani ketidakselesaan yang berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA