Berjaya kumpul $3,000 untuk derma anak-anak yatim

Berjaya kumpul $3,000 untuk derma anak-anak yatim

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Izah Azahari

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Lebih $3,000 berjaya dikutip melalui Kejohanan Dana ‘Bowl For Love’ anjuran Pasukan Bowling Queen of the Lanes dengan kerjasama Megastrike Bowling Centre, Airport Mall, kelmarin.

Kejohanan yang diadakan di Megastrike Bowling Centre itu merupakan salah satu usaha untuk mengumpul wang untuk anak-anak yatim di Kumbang Pasang yang ditimpa tragedi baru-baru ini.

Penyerahan sumbangan kepada sembilan anak yatim berkenaan diwakili penaja utama kejohanan, Electrolux, Media & Panasonic Brunei, iaitu Pengiran S Hassanal bin Pengiran Putera Negara Pengiran Haji Omar.

Majlis itu turut menyaksikan perlawanan boling bersama para penerima sumbangan dan diikuti dengan bacaan tahlil sebelum diteruskan dengan ucapan pengerusi majlis dan Queen of Lanes, Dayang Sharifah Rozlina binti Syed Elham.

Antara mereka yang terlibat dalam Kejohanan Dana ‘Bowl For Love’.
Antara mereka yang terlibat dalam Kejohanan Dana ‘Bowl For Love’.

ARTIKEL YANG SAMA