Berkenan adakan perjumpaan bersama PM Singapura

Berkenan adakan perjumpaan bersama PM Singapura

SINGAPURA, 28 Nov – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini, telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Perjumpaan dan Majlis Santap Tengah Hari bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Lee Hsien Loong yang diadakan di Istana.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Istana dialu-alukan oleh Lee Hsien Loong. Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri Singapura di West Drawing Room. Selepas itu, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung beredar ke Yusof Room di Istana bagi Majlis Santap Tengah Hari.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrisnan; Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia, Grace Fu; Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran) dan Menteri Pertahanan Kedua, Ong Ye Kung.

Terdahulu itu, pagi tadi, Duli Yang Teramat Mulia telah berkenan berangkat membuat lawatan ke The Treasury, Kementerian Kewangan, Republik Singapura.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di The Treasury dijunjung oleh Ketua Perkhidmatan Awam Singapura, Peter Ong dan seterusnya, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung bagi mendengarkan sembah taklimat yang disampaikan oleh Melissa Khoo daripada Kumpulan Strategi, Jabatan Perdana Menteri.

Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri Republik Singapura di Istana.
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri Republik Singapura di Istana.

 

Duli Pengiran Muda Mahkota bersama Lee Hsien Loong pada Majlis Santap Tengah Hari yang berlangsung di Istana, Republik Singapura.
Duli Pengiran Muda Mahkota bersama Lee Hsien Loong pada Majlis Santap Tengah Hari yang berlangsung di Istana, Republik Singapura.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia ke The Treasury dijunjung oleh Peter Ong.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia ke The Treasury dijunjung oleh Peter Ong.
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan mendengar sembah taklimat daripada Kumpulan Strategi Jabatan Perdana Menteri Republik Singapura yang berlangsung di The Treasury Republik Singapura
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan mendengar sembah taklimat daripada Kumpulan Strategi Jabatan Perdana Menteri Republik Singapura yang berlangsung di The Treasury Republik Singapura
ATAS & BAWAH: YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama paduka-paduka anakanda ketika berkenan berangkat membuat lawatan ke Zoo Singapura.
ATAS & BAWAH: YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama paduka-paduka anakanda ketika berkenan berangkat membuat lawatan ke Zoo Singapura.

YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama paduka-paduka anakanda ketika majlis santap minum pagi sebelum beredar melawat Zoo Singapura dan River Safari.
YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama paduka-paduka anakanda ketika majlis santap minum
pagi sebelum beredar melawat Zoo Singapura dan River Safari.

Secara berasingan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah telah berkenan berangkat membuat lawatan ke Zoo Singapura dan River Safari.

Berangkat mengiringi Yang Teramat Mulia ialah paduka-paduka anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dan paduka-paduka anakanda di Zoo Singapura dijunjung oleh isteri timbalan perdana menteri dan menteri koordinasi bagi keselamatan nasional Republik Singapura, Teo Poh Yim.

Yang Teramat Mulia dan paduka-paduka anakanda kemudiannya dijunjung bagi majlis santap minum pagi sebelum beredar melawat Zoo Singapura dan River Safari.

Manakala itu, pada sebelah malam, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia telah berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Rasmi yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Koordinasi Bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura, Teo Chee Hean dan isteri di Hotel Four Seasons.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ketika berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Rasmi yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura dan isteri.
Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ketika berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Rasmi yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura dan isteri.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Teo Chee Hean dan isteri.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan mengadakan perjumpaan bersama Teo Chee Hean dan isteri sebelum dijunjung beredar bagi Majlis Santap Malam.

Di penghujung majlis, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah daripada Teo Chee Hean dan isteri. Seterusnya, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan cenderahati kepada Teo Chee Hean dan isteri.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Perhubungan dan Penerangan, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dan Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, Dr Yaacob Ibrahim dan beberapa orang pegawai kanan Republik Singapura.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berada di Republik Singapura bagi menghadiri Program Pemimpin-Pemimpin Muda ke-4 yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 1 Disember.

ARTIKEL YANG SAMA