Berkenan adakan perjumpaan dengan Menteri Kanan Negara S’pura

Berkenan adakan perjumpaan dengan Menteri Kanan Negara S’pura

Gambar oleh Infofoto

 

SINGAPURA, 17 Ogos – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik hari ini berkenan berangkat mengadakan perjumpaan dengan Pemangku Menteri Pendidikan (Sekolah) dan Menteri Negara Kanan, Kementerian Pengangkutan Republik Singapura, Dato Paduka Seri Ng Chee Meng.

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia di Kementerian Pendidikan Singapura dialu-alukan oleh Dato Paduka Seri Ng dan Timbalan Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan, Lam Yi Young.

Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan mengadakan perjumpaan dengan Dato Paduka Seri Ng.

Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berkenan mengadakan perjumpaan dengan Dato Paduka Seri Ng Chee Meng.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berkenan mengadakan perjumpaan dengan Dato Paduka Seri Ng Chee Meng.
Yang Teramat Mulia berkenan mendengar sembah taklimat semasa berangkat membuat lawatan muhibah ke SPRING, kelmarin.
Yang Teramat Mulia berkenan mendengar sembah taklimat semasa berangkat membuat lawatan muhibah ke SPRING, kelmarin.

Pada sebelah petang pula, Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan berangkat membuat lawatan muhibah ke SPRING di mana keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dialu-alukan oleh Timbalan Ketua Eksekutif SPRING, Ted Tan.

Sejurus keberangkatan tiba, Yang Teramat Mulia dijunjung berangkat bagi mendengarkan sembah taklimat dan seterusnya melihat syarikat-syarikat yang baru beroperasi atau start-up companies serta fasiliti-fasiliti yang terdapat di SPRING.

Lawatan petang itu diteruskan lagi dengan lawatan muhibah ke Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura. Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dialu-alukan oleh Presiden ASEAN, South Asia, Middle East and Oceania Operations, Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura, Koh Jin Hoe, sebelum dijunjung berangkat bagi mendengarkan sembah taklimat mengenai dengan sejarah dan latar belakang perkembangan ekonomi negara Singapura.

pg01_160818_a

Terdahulu pada sebelah awal pagi, Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan berangkat menyertai ‘Morning Walk’ di Gardens by the Bay bersama Menteri Negara Kanan, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Pengangkutan, Josephine Teo.

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia di Garden by the Bay dialu-alukan oleh Josephine Teo dan Ketua Pegawai Operasi, Gardens by the Bay, Felix Loh.

Sejurus keberangkatan tiba, Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia dijunjung berangkat melihat taman tersebut dan seterusnya Yang Teramat Mulia dijunjung menandatangani buku lawatan.

ARTIKEL YANG SAMA