Berkenan adakan perjumpaan dengan PM Jepun

MANILA, Republik Filipina, 13 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi, berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe di Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina (PICC), Manila.

Semasa perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama berbincang mengenai isu-isu semasa serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama termasuk kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun.

Hadir sama semasa perjumpaan dua hala tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, TYT Shinzo Abe.