Berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Aidilfitri YSHHB

Berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Aidilfitri YSHHB

Oleh Salawati Haji Yahya & Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Menteri Pembangunan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Berangkat sama di majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Turut berangkat Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

pg04_150806_g

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri bersama kerabat diraja yang lain berkenan bergambar ramai bersama para tetamu yang lain di Majlis Sambutan Aidilfitri YSHHB.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri bersama kerabat diraja yang lain berkenan bergambar ramai bersama para tetamu yang lain di Majlis Sambutan Aidilfitri YSHHB.

pg04_150806_b

pg04_150806_c

pg04_150806_d

pg04_150806_e

pg04_150806_h

pg04_150806_i

pg04_150806_m

pg04_150806_l

pg04_150806_f

Dalam sembah alu-aluannya, Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyatakan, sebagai sebuah masyarakat inklusif, kebajikan dan kesejahteraan, golongan orang kelainan upaya (OKU) di Negara Brunei Darussalam sentiasa diberi perhatian khususnya dan sewajarnya.

Dengan adanya dasar kerajaan yang menyediakan beberapa skim dan program bantuan, bimbingan dan latihan, mereka dapat menikmati kesaksamaan hak dan peluang menjalani kehidupan sama seperti masyarakat lain, ujarnya.

Menurut Yang Berhormat Pehin, setiap mereka ini mempunyai keupayaan dan potensi tersendiri yang boleh dikembangkan untuk menjadi individu yang mempunyai jati diri tinggi sama seperti anggota masyarakat lain.

Antara salah satu persembahan daripada kanak-kanak comel di Majlis Sambutan Aidilfitri YSHHB.
Antara salah satu persembahan daripada kanak-kanak comel di Majlis Sambutan Aidilfitri YSHHB.

pg04_150806_k

Katanya, ke arah menangani kebajikan dan kesejahteraan golongan OKU ini, YSHHB juga tidak terkecuali terlibat dalam memberikan sumbangan, bantuan dan sokongan kepada mereka melalui persatuan NGO dan pihak berkenaan mengendalikan program pembangunan dan pemulihan golongan OKU di negara ini.

Di majlis itu, Baginda Sultan berkenan menyempurnakan pengurniaan sijil-sijil penghargaan kepada sukarelawan-sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan badan-badan bukan kerajaan yang memeduli kebajikan OKU.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain kemudian turut berkenan menyaksikan pameran dan berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra bersama para peserta dan jemputan yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA