Berkenan berangkat hadiri Program Pemimpin Muda ke-4

Berkenan berangkat hadiri Program Pemimpin Muda ke-4

Oleh Muiz Matdani & Infofoto

SINGAPURA, 27 Nov – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berangkat tiba di Republik Singapura bagi menghadiri Program Pemimpin-pemimpin Muda Ke- 4 yang akan diadakan selama empat hari bermula 28 November hingga 1 Disember 2016.

Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ialah paduka-paduka anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat MuliaPengiran Muda Muhammad Aiman.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dijunjung oleh Menteri Tenaga Manusia Republik Singapura, Lim Swee Say dan isteri; Menteri Negara, Kementerian Perhubungan dan Penerangan, dan Kementerian Pendidikan selaku Menteri Pengiring, Dr. Janil Puthucheary dan isteri beliau Dr. Michelle Puthucheary selaku Lady-in-attendance.

Turut sama menjunjung keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Haji Awang Saifulbahri bin Haji Mansor dan isteri.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia  serta paduka-paduka anakanda semasa berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Republik Singapura. - Gambar Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia serta paduka-paduka anakanda semasa berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Republik Singapura. – Gambar Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri serta paduka-paduka anakanda bersama Menteri Tenaga Manusia Republik Singapura dan isteri di Holding Room, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Republik Singapura.

Doa Selamat dibacakan sebelum Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta kerabat diraja yang lain berkenan berangkat ke Republik Singapura.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan berangkat untuk menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia serta Yang Teramat Mulia.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri kemudiannya dijunjung menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel terkemuka di Singapura, tempat persemayaman di sepanjang keberangkatan.

Terdahulu, sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.

Berangkat sama dan hadir bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria; menteri-menteri Kabinet; pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan setiausaha-setiausaha tetap.

ARTIKEL YANG SAMA