Berkenan berangkat ke Coney Island Park

Berkenan berangkat ke Coney Island Park

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah pagi tadi berkenan berangkat bagi ‘Outdoor Walk/Buggy Ride’ bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Koordinasi Bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura, Teo Chee Hean dan isteri, Chew Poh Yim yang berlangsung di Coney Island Park, Punggol Waterway.

Turut berangkat ialah paduka-paduka anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Coney Island Park dijunjung oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Koordinasi Bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura dan isteri.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia seterusnya memulakan ‘Outdoor Walk/Buggy Ride’ bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Koordinasi Bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura dan isteri.

DYTM dan YTM serta paduka-paduka anakanda semasa berkenan bergambar ramai di Jewel Bridge, Punggol Waterway, Republik Singapura.
DYTM dan YTM serta paduka-paduka anakanda semasa berkenan bergambar ramai di Jewel Bridge, Punggol Waterway, Republik Singapura.
DYTM dan YTM serta paduka-paduka anakanda semasa berkenan menaiki buggy bersama Teo Chee Hean dan isteri di Coney Island.
DYTM dan YTM serta paduka-paduka anakanda semasa berkenan menaiki buggy bersama Teo Chee Hean dan isteri di Coney Island.
DYTM dan YTM serta paduka-paduka anakanda semasa berkenan menyaksikan panorama Punggol Waterway, Republik Singapura.
DYTM dan YTM serta paduka-paduka anakanda semasa berkenan menyaksikan panorama Punggol Waterway, Republik Singapura.

DYTM dan YTM serta paduka anakanda semasa berangkat melawat dan meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat di SAFRA Punggol, Republik Singapura.
DYTM dan YTM serta paduka anakanda semasa berangkat melawat dan meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat di SAFRA Punggol, Republik Singapura.
DYTM dan YTM serta paduka anakanda semasa berkenan menerima pesembah daripada pengurus SAFRA Punggol, Republik Singapura.
DYTM dan YTM serta paduka anakanda semasa berkenan menerima pesembah daripada pengurus SAFRA Punggol, Republik Singapura.
DYTM berkenan beramah mesra bersama Teo Chee Hean di Majlis Santap Pagi yang berlangsung di SAFRA Punggol, Republik Singapura.
DYTM berkenan beramah mesra bersama Teo Chee Hean di Majlis Santap Pagi yang berlangsung di SAFRA Punggol, Republik Singapura.

YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah semasa berkenan mengurniakan cenderahati kepada Teo Chee Hean.
YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah semasa berkenan mengurniakan cenderahati kepada Teo Chee Hean.
YTM serta paduka anakanda semasa berkenan beramah mesra bersama Chew Poh Yim.
YTM serta paduka anakanda semasa berkenan beramah mesra bersama Chew Poh Yim.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Koordinasi Bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura dan isteri kemudiannya beredar ke SAFRA Punggol bagi santap pagi.

Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan menerima pesambah daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Koordinasi Bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura dan seterusnya mengurniakan cenderahati balas kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Koordinasi Bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura. Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia kemudian beredar untuk melihat lebih dekat lagi kemudahan-kemudahan yang terdapat di SAFRA.

Turut hadir di acara ‘Outdoor Walk/Buggy Ride’ tersebut ialah Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli Masagos Mohammad dan Menteri Negara Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Pengangkutan, Josephine Teo.

ARTIKEL YANG SAMA