Berkenan berangkat ke majlis angkat sumpah

Berkenan berangkat ke majlis angkat sumpah

Gambar oleh Dean Kassim

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, telah berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah bagi pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baru di Istana Nurul Iman.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Majlis dimulakan dengan pembacaan surat pelantikan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Seterusnya diikuti dengan upacara mengangkat sumpah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia oleh Yang Arif Conrad Seagroatt sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baru, yang tidak menetap bagi tempoh empat tahun. Yang Arif juga merupakan salah seorang Hakim Mahkamah Rayuan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan surat pelantikan kepada Yang Arif Conrad Seagroatt sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baru.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan surat pelantikan kepada Yang Arif Conrad Seagroatt sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baru.
Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota; Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Perdana Wazir; Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Bendahara dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Digadong.
Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota; Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Perdana Wazir; Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Bendahara dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Digadong.

Turut hadir ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh; Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli; Yang Dipertua Mahkamah Rayuan, Yang Arif John Barry Mortimer; Hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Michael Peter Burrell; Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon; Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid; Pesuruhjaya Kehakiman dan Ketua Pendaftar Mahkamah Besar, Yang Arif Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman dan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd. Juanda bin Haji A. Rashid.

ARTIKEL YANG SAMA