Berkenan berangkat ke majlis kesyukuran

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk negara ini menunaikan sembahyang fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-71, bertempat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi sambutan.

Turut hadir ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Majlis telah dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-71, bertempat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Baginda Sultan berserta kerabat diraja yang lain berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Hamid.
Baginda Sultan berserta kerabat diraja yang lain berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Hamid.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama jemaah di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama jemaah di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Menteri-menteri kabinet dan orang-orang kenamaan yang menyertai Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-71, di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Menteri-menteri kabinet dan orang-orang kenamaan yang menyertai Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-71, di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Pintu Gerbang Puja Usia yang Ke -71 tahun Baginda Sultan, di Jame’Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Pintu Gerbang Puja Usia yang Ke -71 tahun Baginda Sultan, di Jame’Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Yang Berhormat Pehin juga mengimamkan solat Sunat Hajat bagi memohon kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia dilanjutkan usia, kekal qarar memerintah negara serta rakyat dan penduduknya beroleh keselamatan, keamanan dan kesejahteraan.

Bacaan Surah Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.  Majlis diakhiri dengan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan.

Majlis Kesyukuran juga diadakan serentak di seluruh negara dengan tertumpu di masjid-masjid utama di negara ini iaitu Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri, Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong, Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, Masjid Setia Ali Pekan Muara dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan bagi Daerah Brunei dan Muara.

Bagi Daerah Tutong di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Daerah Belait di Masjid Jamalul Alam, Kuala Belait, Masjid Pekan Seria, Seria dan Masjid Perancangan Perumahan Negara Kampung Pandan. Manakala itu, Daerah Temburong pula tertumpu di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.